SEKULARISME
Sekularisme merupakan satu ideologi terkini yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas. Matlamatnya ialah melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat dan mendaulatkan negara sekular. Perjuangan utama Selularisme berkaitan dengan urusan keduniaan mesti dipisahkan daripada hal-hal keagamaan. Memperjuangngkan hak kebebasan mutlak setiap individu. Perjuangan Sekular lebih sengit terhadap sifat neutral dalam hal-hal keagamaan dan tidak memberi kedudukan istimewa kepada sesebuah agama.
DEFINISI SEKULARISME
Sekularisme berasal daripada perkataan Latin'saeculum', yang menbawa maksud masa dan tempat.
MASA-
masa sewaktu kita menjalani kehidupan.
TEMPAT-
kehidupan dunia atau dunia yang nyata.
Kehidupan secara Sekular fokus kepada kehidupan dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia yang tidak ada kaitan dengan hari akhirat atau pembalasan. Sekular juga memberi penjelasan yang bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani.
Definisi Sekular dari segi aspek falsafah ialah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada kehidupan manusia.
Istilah Sekularisme diperincikan sebagai humanisme. Selain itu, Sekularisme ialah suatu sistem tatasusila yang didasarkan kepada prinsip-prinsip moral sejagat dan terlepas dari ajaran agama atau alam ghaib.
Negara Sekular
Negara Sekular merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut. Definisi negara Sekular datakrifkan sebagai kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar. Oleh itu, negara Sekular pada dasarnya merujuk kepada sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas antara agama dan negara.
George Holyoake menggariskan 3 prinsip penting yang perlu diketengahkan dan wajar diaplikasi salam sebuah kehidupan masyarakat berbentuk Sekular iaitu;
- Memperbaiki
kehidupan dengan cara kebendaan.
- Bahawa sains
itu adalah panduan hidup bagi manusia.
- Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut.
Sejarah
Kemunculan Sekularisme
Sekularisme
lahir disebabkan ole beberapa faktor yang mencengkam sejarah manusia yang hidup sekitar pergolakan
tersebut. Penindasan pihak gereja dan kelahiran teori Darwin merupakan faktor
terbaik yang merancakkan kelahiran idealogi dan perkembangannya ke seluruh
dunia.
Penentangan
Dan Pengasingan Kuasa Gereja
Sekularisme lahir dan mula bertapak di negara Barat pada abad
pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan Eropah sebagai satu tindak balas
rakyat terhadap sikap gereja. Ideologi Sekularisme muncul hasil daripada
perbalahan hebat antara barisan pemimpin yang pro kerajaan dengan para paderi
gareja. Idealogi berusaha memisahkan antara agama dengan politik, bertujuan
membersihkan politik daripada sebarang pengaruh agama. Hasilnya menyebabkan
kuasa gereja terhad dalam hal-hal kerohanian.
Hasil pembaharuan dilakukan umat Kristian berjaya memisahkan
kehidupan agama dan kemajuan ilmu pengetahuan daripada pentadbiran kuasa
gareja. Ini membawa kemajuan kepada bidang ilmu pengetahuan yang mampu
menghasilkan kemajuan ekonomi dan politik. Seringan itu lahir beberapa ideologi
ekonomi yang baru bagi menggantikan sistem feudal seperti sistem ekonomi
Kapitalis dan Sosialis.
Kemunculan Teori Charles Darwin
Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi
berbahasa Inggeris. Beliau lahir pada tahun 1809 Masihi. Hasil penelitian yang
beliau lakukan lahir teori Evolusi Species yang harus diterima oleh keseluruhan
masyarakat dunia. Beliau juga menjelaskan beberapa sifat lahiriah manusia dalam
buku (Asal Usul Manusia).
Falsafah materialisme mengandungi kepalsuan tentang asal
kejadian manusia yang ada kaitan dengan matlamat utamanya iaitu kebendaan
sehingga manpu menolok konsep kewujudan Pencipta. Bahaya materialisme manpu
menghancurkan nilai-nilai asas yang depegang oleh sesebuah negara dan
masyarakat. Seturusnya membentuk sebuah masyarakat yang tidak berjiwa dan
hilang sentivitinya sehingga lebih memberi perhatian kepada kebendaan.
Kelemahan dan keburukan materialisme ialah usaha meniupkan
semangat keganasan san perbalahan untuk menyerang sesebuah negara dan
masyarakat yang lahir melalui doktrin Komunisme.
Prinsip-prinsip Sekularisme
Prinsip-prinsip Sekularisme adalah untuk meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia. Keadaan masyarakat yang tidak stabil dan sering terjadi polimik memberi laluan mudah kepada Sekularisme untuk mencapai matlamat perjuangannya. Sekularisme ditonjolkan sebagai perkara yang perlu dalam kehidupan masyarakat untuk mencari kebahagiaan yang sebenar dan berterus di dunia ini.
Sekular mengutarakan prinsip moral yang liberal bagi membolahkan manusia mencapai matlamat tersendiri. Manakala Sekularisme barat mengemukakan prinsip rasional yang dapat difikirkan secara intelektual oleh manusia. Setiap hujahan yang dikemukakan meyakini manusia mampu menyelesaikan persoalan hidup mereka dengan berpandu kebijaksanaan akal sahaja.
Kepentingan Sekularisme dijelaskan dalam utilitarian. Sekularisme menguasai pemikiran manusia dan agama sehingga dianggap mampu memberikan perkhidmatan yang paling baik kepada masyarakat. Akhirnya agama dianggap sebagai penghalang kemajuan manusia dan tidak berguna lagi.
Ciri-ciri Sekularisme
- Penafian hal-hal kerohanian.
- Penafian terhadap
kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang
agama.
- Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
- Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
- Menjauhkan agama dari landasan penting sebagai panduan dan hala
tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan
moral.
- Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak
pemerintahan negara perlu dibezakan agar tidak sepadu antara politik dan
agama.
- Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada
nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
- Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin
masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada hubungan
dengan hukum syariat yang suci.
- Penerapan syariat Islam atau nilai-nilai Islam akan merugikan
penganut agama bukan Islam yang boleh menjadi ancaman besar kepada
sesebuah persatuan.
- Menganggap bahawa syariat Islam sangat terbelakang, primitif dan
ketinggalan zaman. Oleh itu, ajaran Islam perlu diambil melalui prinsip
pragmatisme dan utilitarianisme.
- Menyebarkan faham-faham
yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik
sendiri.
Kaedah
Penyebaran Fahaman Sekularisme
1. Penyebaran Sekularisme Melalui Pendidikan
- Menghantar Pelajar Ke Negara Luar Untuk Melanjutkan Pengajian.
- Menghapuskan Pelajaran Agama atas Nama Pendidikan.
- Memperkenalkan Institusi Pendidikan Asing di Negara-negara Islam.
- Pergaulan Bebas/
2. Penyebaran Sekularisme Melalui Media
Massa
3. Penyebaran Sekularisme
Melalui Undang-undang
KEKUASAAN
MANUSIA (MANPOWER)
Manusia bercita-cita tinggi. Untuk mencapai
cita-cita, manusia akan menggunakan akalnya. Jika manusia menggunakan akalnya
yang betul ia akan membentuk nilai moral yang baik, manakala jika manusia
menggunakan akal tidak bijaksana ia akan membentuk nilai moral yang kurang
memuaskan.
Kelemahan manusia ialah tidak realistik. Manusia menghadapi 2 pilihan iaitu sama ada terus mempertahankan status sebagai manusia atau merendahkan status kemanusiaannya kepada taraf hamba pembangunan.
Kesaksamaan dan keadilan pengagihan tidak sedikitpun mendapat tentangan seluruh masyarakat, malahan direstui dan diajurkan supaya setiap golongan masyarakat berlaku adil dan saksama dalam apa jua urusan.
LIBERALISME
Merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan
individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak
peribadi dan kesamarataan peluang. Aliran Liberalisme merupakan lanjutan
daripada zaman Renaissance di Itali.
Fahaman Liberalisme mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi, politik dan sosial atau kebebasan moral. Dari sudut politik dimana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Masyarakat dan institusi kerajaan wujud berfungsi memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih. Dalam ekonomi pula, memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Setiap indivuidu diberi kebebasan memiliki harta dan berniaga.
Menurut golongan Liberal, nilia moral seseorang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Dalam Islam, nilai itu ditetapkan oleh Allah. Golongan Liberalisme mengatakan bahawa manusia sendiri masih dalam proses perubahan daripada haiwan rendah kepada haiwan yang lebih tinggi.
MODENISME
Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam
segala aspek kehidupan masyarakat. Gerakan ini menekankan kuasa manusia
mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan
sains, teknologi dan uji kaji praktikal. Bermula semenjak era Renaissance abad
ke-16 masihi dan pencerahan pada abad ke-18 masihi. Keberanian manusia
menjadikan mereka memasuki era baru iaitu era moden.
Pada tahap pertama, manusia yakin dengan akal yang rasional dan berani menghadapi kehidupan yang nyata sehingga berlaku pemberontakan kreatif dalam dunia seni.
Tahap kedua pula, bermula dengan revolusi Perancis
dan kekacauan sehingga berlaku kelenturan ikatan sosial, keruntuhan pada
keyakinan tradisional dan agama.
Tahap ketiga pula, ia bermula semasa berlaku proses
modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal sahingga
berlakunya masalah pada keamanan dunia sejagat.
HUMANISME
Takrifnya
ialah fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya
dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong. Dialah yang menentukan hukum-hakam.
Soalnya ialah: bagaimanakah ideologi Humanisme ini digunakan untuk memporak
perandakan masyarakat?
Sifat Fahaman Humanisme
Fahaman
humanisme menpunyai sifat-sifat tertentu seperti:
- Percampuran
Bebas
- Penggunaan
Istilah-istilah Yang Mengelirukan
-Istilah 'unisek'.
-Istilah 'bintang'.
-Istilah 'Gay'.
-Istilah 'Chairman'.
-Istilah 'He'.
- Penukaran
Peranan Antara Lelaki dan Perempuan
- Gerakan
Pembebasan Wanita
- Kaunseling
Berkelompok
- Pendidikan
Seks