Friday, March 29, 2013

RINGKASAN BAB 3 : Fahaman Pemikiran dan Etika


SEKULARISME

Sekularisme merupakan satu ideologi terkini yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas. Matlamatnya ialah melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat dan mendaulatkan negara sekular. Perjuangan utama Selularisme berkaitan dengan urusan keduniaan mesti dipisahkan daripada hal-hal keagamaan. Memperjuangngkan hak kebebasan mutlak setiap individu. Perjuangan Sekular lebih sengit terhadap sifat neutral dalam hal-hal keagamaan dan tidak memberi kedudukan istimewa kepada sesebuah agama.

DEFINISI SEKULARISME

Sekularisme berasal daripada perkataan Latin'saeculum', yang menbawa maksud masa dan tempat.  
MASA- masa sewaktu kita menjalani kehidupan.
TEMPAT- kehidupan dunia atau dunia yang nyata.

Kehidupan secara Sekular fokus kepada kehidupan dunia yang sempurna untuk kesejahteraan dunia yang tidak ada kaitan dengan hari akhirat atau pembalasan. Sekular juga memberi penjelasan yang bermaksud pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan spiritual, rohani dan jasmani.

Definisi Sekular dari segi aspek falsafah ialah fahaman yang menggesa agar agama dan nilai-nilainya mesti diasingkan daripada kehidupan manusia.

Istilah Sekularisme diperincikan sebagai humanisme. Selain itu, Sekularisme ialah suatu sistem tatasusila yang didasarkan kepada prinsip-prinsip moral sejagat dan terlepas dari ajaran agama atau alam ghaib.

Negara Sekular

Negara Sekular merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut. Definisi negara Sekular datakrifkan sebagai kepercayaan yang mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar. Oleh itu, negara Sekular pada dasarnya merujuk kepada sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas antara agama dan negara.

George Holyoake menggariskan 3 prinsip penting yang perlu diketengahkan dan wajar diaplikasi salam sebuah kehidupan masyarakat berbentuk Sekular iaitu;

  • Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan.
  • Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
  • Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk mencari kebaikan tersebut.
Sejarah Kemunculan Sekularisme

Sekularisme lahir disebabkan ole beberapa faktor yang mencengkam sejarah manusia yang hidup sekitar pergolakan tersebut. Penindasan pihak gereja dan kelahiran teori Darwin merupakan faktor terbaik yang merancakkan kelahiran idealogi dan perkembangannya ke seluruh dunia.

Penentangan Dan Pengasingan Kuasa Gereja

Sekularisme lahir dan mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan iaitu pada zaman pembaharuan Eropah sebagai satu tindak balas rakyat terhadap sikap gereja. Ideologi Sekularisme muncul hasil daripada perbalahan hebat antara barisan pemimpin yang pro kerajaan dengan para paderi gareja. Idealogi berusaha memisahkan antara agama dengan politik, bertujuan membersihkan politik daripada sebarang pengaruh agama. Hasilnya menyebabkan kuasa gereja terhad dalam hal-hal kerohanian.

Hasil pembaharuan dilakukan umat Kristian berjaya memisahkan kehidupan agama dan kemajuan ilmu pengetahuan daripada pentadbiran kuasa gareja. Ini membawa kemajuan kepada bidang ilmu pengetahuan yang mampu menghasilkan kemajuan ekonomi dan politik. Seringan itu lahir beberapa ideologi ekonomi yang baru bagi menggantikan sistem feudal seperti sistem ekonomi Kapitalis dan Sosialis.

Kemunculan Teori Charles Darwin 

Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi berbahasa Inggeris. Beliau lahir pada tahun 1809 Masihi. Hasil penelitian yang beliau lakukan lahir teori Evolusi Species yang harus diterima oleh keseluruhan masyarakat dunia. Beliau juga menjelaskan beberapa sifat lahiriah manusia dalam buku (Asal Usul Manusia). 

Falsafah materialisme mengandungi kepalsuan tentang asal kejadian manusia yang ada kaitan dengan matlamat utamanya iaitu kebendaan sehingga manpu menolok konsep kewujudan Pencipta. Bahaya materialisme manpu menghancurkan nilai-nilai asas yang depegang oleh sesebuah negara dan masyarakat. Seturusnya membentuk sebuah masyarakat yang tidak berjiwa dan hilang sentivitinya sehingga lebih memberi perhatian kepada kebendaan.

Kelemahan dan keburukan materialisme ialah usaha meniupkan semangat keganasan san perbalahan untuk menyerang sesebuah negara dan masyarakat yang lahir melalui doktrin Komunisme.

Prinsip-prinsip Sekularisme

Prinsip-prinsip Sekularisme adalah untuk meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia. Keadaan masyarakat yang tidak stabil dan sering terjadi polimik memberi laluan mudah kepada Sekularisme untuk mencapai matlamat perjuangannya. Sekularisme ditonjolkan sebagai perkara yang perlu dalam kehidupan masyarakat untuk mencari kebahagiaan yang sebenar dan berterus di dunia ini.

Sekular mengutarakan prinsip moral yang liberal bagi membolahkan manusia mencapai matlamat tersendiri. Manakala Sekularisme barat mengemukakan prinsip rasional yang dapat difikirkan secara intelektual oleh manusia. Setiap hujahan yang dikemukakan meyakini manusia mampu menyelesaikan persoalan hidup mereka dengan berpandu kebijaksanaan akal sahaja.

Kepentingan Sekularisme dijelaskan dalam utilitarian. Sekularisme menguasai pemikiran manusia dan agama sehingga dianggap mampu memberikan perkhidmatan yang paling baik kepada masyarakat. Akhirnya agama dianggap sebagai penghalang kemajuan manusia dan tidak berguna lagi.

Ciri-ciri Sekularisme
  • Penafian hal-hal kerohanian.
  •  Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
  • Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
  • Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
  • Menjauhkan agama dari landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.
  • Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak pemerintahan negara perlu dibezakan agar tidak sepadu antara politik dan agama.
  • Meyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
  • Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada hubungan dengan hukum syariat yang suci.
  • Penerapan syariat Islam atau nilai-nilai Islam akan merugikan penganut agama bukan Islam yang boleh menjadi ancaman besar kepada sesebuah persatuan.
  • Menganggap bahawa syariat Islam sangat terbelakang, primitif dan ketinggalan zaman. Oleh itu, ajaran Islam perlu diambil melalui prinsip pragmatisme dan utilitarianisme.
  •  Menyebarkan faham-faham yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam untuk kepentingan politik sendiri.
Kaedah Penyebaran Fahaman Sekularisme

1. Penyebaran Sekularisme Melalui Pendidikan
  • Menghantar Pelajar Ke Negara Luar Untuk Melanjutkan Pengajian.
  • Menghapuskan Pelajaran Agama atas Nama Pendidikan.
  • Memperkenalkan Institusi Pendidikan Asing di Negara-negara Islam.
  • Pergaulan Bebas/
2. Penyebaran Sekularisme Melalui Media Massa
3. Penyebaran Sekularisme Melalui Undang-undang

KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)

Manusia bercita-cita tinggi. Untuk mencapai cita-cita, manusia akan menggunakan akalnya. Jika manusia menggunakan akalnya yang betul ia akan membentuk nilai moral yang baik, manakala jika manusia menggunakan akal tidak bijaksana ia akan membentuk nilai moral yang kurang memuaskan.

Kelemahan manusia ialah tidak realistik. Manusia menghadapi 2 pilihan iaitu sama ada terus mempertahankan status sebagai manusia atau merendahkan status kemanusiaannya kepada taraf hamba pembangunan.

Kesaksamaan dan keadilan pengagihan tidak sedikitpun mendapat tentangan seluruh masyarakat, malahan direstui dan diajurkan supaya setiap golongan masyarakat berlaku adil dan saksama dalam apa jua urusan.

LIBERALISME

Merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Aliran Liberalisme merupakan lanjutan daripada zaman Renaissance di Itali. 

Fahaman Liberalisme mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimum dalam ekonomi, politik dan sosial atau kebebasan moral.  Dari sudut politik dimana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Masyarakat dan institusi kerajaan wujud berfungsi memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih. Dalam ekonomi pula, memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan memberhentikan semua kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Setiap indivuidu diberi kebebasan memiliki harta dan berniaga.

Menurut golongan Liberal, nilia moral seseorang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Dalam Islam, nilai itu ditetapkan oleh Allah. Golongan Liberalisme mengatakan bahawa manusia sendiri masih dalam proses perubahan daripada haiwan rendah kepada haiwan yang lebih tinggi.

MODENISME

Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi dan uji kaji praktikal. Bermula semenjak era Renaissance abad ke-16 masihi dan pencerahan pada abad ke-18 masihi. Keberanian manusia menjadikan mereka memasuki era baru iaitu era moden.

Pada tahap  pertama, manusia yakin dengan akal yang rasional dan berani menghadapi kehidupan yang nyata sehingga berlaku pemberontakan kreatif dalam dunia seni. 
Tahap kedua pula, bermula dengan revolusi Perancis dan kekacauan sehingga berlaku kelenturan ikatan sosial, keruntuhan pada keyakinan tradisional dan agama. 
Tahap ketiga pula, ia bermula semasa berlaku proses modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal sahingga berlakunya masalah pada keamanan dunia sejagat.

HUMANISME

Takrifnya ialah fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong. Dialah yang menentukan hukum-hakam. Soalnya ialah: bagaimanakah ideologi Humanisme ini digunakan untuk memporak perandakan masyarakat?

Sifat Fahaman Humanisme
Fahaman humanisme menpunyai sifat-sifat tertentu seperti:
  • Percampuran Bebas
  • Penggunaan Istilah-istilah Yang Mengelirukan
           -Istilah 'unisek'.
           -Istilah 'bintang'.
           -Istilah 'Gay'.
           -Istilah 'Chairman'.
           -Istilah 'He'.
  • Penukaran Peranan Antara Lelaki dan Perempuan
  • Gerakan Pembebasan Wanita
  • Kaunseling Berkelompok
  • Pendidikan Seks